Adakah Risiko Memakai “Contact Lense”?


Sama seperti keadaan terdapatnya bahan asing pada permukaan mata, risiko geseran atau jangkitan mata sentiasa ada di mata. Selain itu, jika contact lense digunakan terlalu lama, kornea boleh membengkak dan menyebabkan kesakitan goresan atau abrasion.
Penggunaan contact lense juga dapat menambah deposit protein pada kanta atau meningkatkan reaksi alergi terhadap contact lense yang mengandungi bahan pengawet. Jangkitan mata yang teruk boleh berlaku.

Kejadian ini adalah jarang sekali berlaku. Namun, sebahagian besar risiko adalah disebabkan oleh kerana pengguna sendiri.
 Tidak patuh dalam menggunakan contact lense
seperti lupa untuk mencuci tangan sebelum memegang kanta atau menggunakan garam untuk merendam kanta semalaman, meningkatkan risiko mendapatkan jangkitan.

0 comments:

Post a Comment