Maklumat tambahan


Periksa contact lense untuk memastikan kanta anda sentiasa dalam keadaan baik setiap hari. Jangan gunakan jika kanta anda koyak atau berubah bentuk. Anda harus memastikan kanta anda sentiasa lembap dan sewaktu menggunakan kanta, mata anda boleh melihat dengan jelas, mata tidak terlalu merah. Jika mengalami ketidakselesaan, penglihatan kabur dan mata kemerahan, periksa kanta yang tertumpu dan tidak terbalik. Bilas kanta dengan hati-hati dan masukkan kanta ke mata kembali. Jika masih mengalami ketidakselesaan, kabur dan kemerahan masih berterusan, berhenti menggunakan kanta tersebut dan hubungi doctor pakar mata anda.


Sekiranya anda mengalami salah satu symptom-simptom berikut, sila la segera menghubungi doktor pakar mata anda:
1.    - Alergi, inflamasi, jangkitan atau iritasi di dalam atau sekitar mata ataupun kelopak mata anda.
2.    - Ketika anda mengalami masalah kesihatan seperti demam atau flu yang teruk.
3.    - Apabila menggunakan ubat terutamanya ubat mata.
4.    - Ketika sentiasa berada dalam persekitaran yang sangat kering, berasap, tercemar dan berdebu membuatkan anda tidak selesa menggunakan kanta.
5.    - Menyertai sukan air yang tidak menggunakan cermin mata.
6.    - Mata berair berlebihan.
    - Sakit.

0 comments:

Post a Comment